shin chan

Monday, December 20, 2010

Tapau

Bayangkan senario ini. Anda pergi ke kedai makan dan order nasi lemak dan roti canai. 3bungkus setiap satu. Jam pukul 8pagi. Anda bagi masa hingga 8.45, barulah anda kembali ke kedai tersebut. Setelah melengahkan masa hingga 9pagi anda kembali. Anda dapati roti belum dicanai dan nasi lemak belum dibungkus. Sambil memerhatikan tokei kedai yang dengan selambanya bergurau senda dengan pelanggan sambil menguli roti datang pelanggan baru. Terus ambil order dan 5minit berlalu makanan terhidang atas meja. Harus juga diingat bahawa pesanan anda masih lagi belum dibuat. Bini tokei baru perasan anda tercogok menanti bungkusan yang masih belum tiba. Bisik kat lakinya barulah kelam kabut menguli roti untuk anda. Pesanan orang lain dibungkus untuk anda. Jam ditangan pukul 9.30pagi ketika anda mengambil bungkusan makanan tersebut. Harus juga diingat ini kali ketiga berturut2 anda diperlakukan sebegini. Anda bukan makan free ataupun hutang masuk buku untuk diperlakukan sedemikian rupa.
Imahbellanabil

No comments:

komen ??

Grab This Widget